Sunday, January 13, 2019

Perniagaan Makanan Yang Laris - Sekadar Idea

Dalam keadaan ekonomi yang tak berapa baik ni ramai yang bekerja teringin nak berniagakan? Perniagaan makanan la yang agak menguntungkan sebab hari-hari orang perlukan makanan. Persoalannya perniagaan makanan yang laris ni apa ya?

Ok ini sedikit idea dari saya bagaimana lariskan satu-satu perniagaan makanan ini ;

1. Berniaga di tempat yang ramai orang bukan di tempat yang sunyi memang alamatnya nanti makanan yang anda jual tu kena makan sendirila

2. Anda perlu berani bila mencebur diri dalam perniagaan makanan yang laris ini kerana kalau anda takut pastinya perniagaan makanan anda ini tidak boleh pergi jauh sebabnya perasaan malu pasti menguasai diri.

3. Untuk memastikan perniagaan makanan yang laris, anda perlu menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram , Twitter , whatsapp ataupun wechat mempromosikan perniagaan anda. Tangkap gambar makanan anda cantik-cantik dan promosikan di media sosial ini.

4. Suatu perniagaan yang dapat bertahan dan akan membuatkan perniagaan makanan yang laris berterusan adalah anda pandai menjaga modal bisnes anda. Pastikan anda mengasingkan siap-siap yang mana modal dan yang mana untung

5. Akhir sekali anda perlu fokus dan istiqamah dalam perniagaan makanan yang laris ini sebabnya kalau anda hilang fokus maka segala-galanya akan musnah


Insyallah doa kami semoga perniagaan anda dan keseluruhan muslim akan berjaya insyallah 


image source : utusan.com.my

Salah Guna Modal Bisnes

Ramai orang kita nak buat bisnes tapi tak ramai yang belajar ilmu bisnes ni. Salah satu kegagalan di dalam bisnes adalah tidak mampu mengawal modal bisnes. Dalam erti kata lain salah guna modal bisnes.

Ya katakanlah anda berniaga kek, contohnya kek anda berharga RM80. Apabila anda terima bayaran, anda tidak asingkan wang modal dan kos membuat kek tersebut siap-siap mungkin sekitar RM40 wang yang patut diasingkan. Lama kelamaan jika anda teruskan sikap ini pasti anda akan di kategorikan sebagai salah guna modal bisnes.

Percayalah walaupun anda mempunyai modal RM100,000 sekali pun dan anda suka salah guna modal bisnes ini pastinya wang RM100,000 itu akan habis dan bisnes anda akan bankrap dan ditutup.

Kesimpulannya untuk berjaya dalam apa apa bidang sekalipun kita perlu mengikut petua ini 80% tabiat/sikap dan 20% pula hanyalah tindakan. Insyallah salah guna modal bisnes pasti tidak akan terjadi kerana apapun sikaplah yang menjadi penentu kita di masa depan sama bangun atau jatuh seseorang.


iamge source : Daily Rakyat

Tuesday, December 25, 2018

Pinjaman Wang Berlesen Melayu ?

Semalam lepak dengan kawan-kawan lama dekat kedai mamak. Dalam asyik sembang-sembang tu saya terperasan ada premis pinjaman wang berlesen berdekatan kedai mamak yang kami tengah lepak ni. Saya tanya kat kawan, mesti tauke dia berbangsa cina kan ? kawan cakap mestilah takan melayu kot. Terus saya buat lawak apa kata kita bukak kedai dan tulis letak kat signboard tu Pinjaman Wang Berlesen Melayu ? kawan-kawan saya kat situ semua pakat-pakat gelak. hehe

Dia orang kata ada ka orang melayu buat bagi pinjam duit ni, setahu saya macam takdak , tak tahula kat tempat anda ada tak Along melayu yang bagi pinjaman wang berlesen melayu ini. kot kalau kongsila info kat bahagian komen nanti yer.

Apapun hati-hati la kalau nak buat pinjaman wang berlesen melayu ini ya. tak kirala apa bangsa yang buat sekali pun ia tetap ada risikonya yang tersendiri. lebih baik tak payah pinjam dengan along ni tau. Apa kata kita pi jumpa YB kawasan kita dan minta pertolongan daripada mereka mana tahu rezeki Allah pasti tolong. Insyallah


image source : eratuku.com

Duit Lama Yang Dicari Tapi Duit Lain yang Jumpa

Macam tak percaya yang tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya tak lama ladi. Tiba-tiba teringat tentang projek tahun sudah iaitu projek tentang duit lama yang dicari tapi duit lain yang jumpa. Yer mana tak nya dalam asyik mencari duit lama dalam tabung-tabung simpanan terjumpa duit RM50 10 keping tergulung dan diikat cantik dalam tabung lama.

Rasanya awal tahun hari tu saya gulung duit ni dan letak dalam tabung, saya ada bagi tau kat diri sendiri yang saya akan guna bila ada time kecemasan sahaja dan memang tepat pada masanya saya akan gunakan untuk belian baju sekolah anak yang akan start sekolah dalam seminggu sahaja lagi. Apapun terbaiklah dengan projek duit lama yang dicari tapi duit lain yang jumpa ini.

Saya mengambil keputusan yang projek duit lama yang dicari ini ditangguhkan sementara ya, insyallah kalau saya berkesempatan projek ini akan dilaksanakan tahun 2019 ini. Apapun selamat menyambut tahun 2019 ini ya. Semoga apa yang kita impikan akan terlaksana pada tahun ini Amin..


image source : kakitular.com

Monday, December 25, 2017

Nak Pinjam Duit Segera Tanpa Slip Gaji


Nak pinjam duit segera tanpa slip gaji memang mudah sekarang ni, teringat satu cerita dari sorang member terdesak sangat nak guna duit nak pinjam kat kawan-kawan lain memang tak dapat , akhirnya saya sendiri menjadi tempat peluang terakhirnya untuk meminjam, jumlahnya bukan sedikit hampir RM5000.00 nak dipinjamkan dia, manala saya nak cari .. saya cakap setakat 300 tu adala tu saya minta dia kena bayar pada hujung bulan sebab saya sendiri pun nak guna duit.

Dia cakap terima kasih kat saya sebab sayalah satu kawannya yang sudi tolong walaupun dapat bagi 300 sahaja, dia cakap dia ada jumpa satu iklan ahlong yang boleh tolong  kalau nak pinjam duit segera tanpa slip gaji ni. Saya tanya dia betul ker, entah-entah tipu ja.. dia cakap dia ada hubungi ahlong tersebut dan jumpa di satu tempat yang diminta oleh ahlong tu dan dia pun pergi la jumpa untuk berbincang.

Lepas balik dari jumpa ahlong tu yang dia jumpa saya , dia cakap untuk dapatkan pinjaman wang RM5000 tu dia kena masukkan dahulu deposit RM600.00 untuk proses apa tah ahlong tu cakap kat dia, ahlong tu cakap lagi lepas bank in duit RM600 tu baru mereka akan kreditkan RM5000 tu kat kawan saya , saya syak macam ada penipuan pulak antara ahlong dengan kawan saya tu ada ker nak pinjam duit segera tanpa slip gaji ni?

Saya cakap kat kawan saya hati-hati, nanti 5000 tu tak dapat dengan 600 kat tangan kau sekarang ni pun habis lesap, lepas dari tu saya tak tahu dah apa cerita dari dia, last-last orang lain yang tolong settle hutang dia kat saya , tapi tu lah kerana duit habis hubungan dengan kawan-kawan ni, saya harap cerita mengenai ahlong nak pinjam duit segera tanpa slip gaji ini akan menjadi pengajaran untuk kita semua.. semoga bermanfaat

image source : midia.cmais.com

Sunday, December 24, 2017

Kerja Kosong Partime Malam - Idea menjadi realiti

Memang la siapa yang nak jadi susah kan ? tambahan cabaran ekonomi dan kehidupan semakin mencabar sekarang ni dan faktor umur pula kian meningkat jadi apa la sangat yang dapat di lakukan ketika ini, tiba-tiba teringat balik idea kerja kosong partime malam yang pernah difikirkan satu ketika dulu telah menjadi menjadi realiti sekarang ni iaitu saya telah menjadi seorang runner/rider makanan di sebelah malam.

Sebelah malam biasanya ramai orang nak berehat dan dia orang bukan lagi nak masak-memasak waktu ni dan dia orang nak mudah jer, jadi kita bolehlah ambil peluang untuk sediakan apa yang mereka mahukan dan hantar jer makanan yang dia orang pesan terus ke pintu rumah dia orang, surelah dia orang happy dan kita pun mestilah happykan sebab boleh dapat sedikit untung dari dia orang ni. Idea kerja kosong partime malam yang kami buat ni tersangatlah menarik, rezeki semua dari Allah cuma kita kena usaha saja, kalau harapkan gaji dulu memang tak cukup jadi ni sajala kerja yang kami mampu buat waktu malam dan tak sangka ada juga permintaannya
.

Mesti ada yang bertanya tentang idea kerja kosong partime malam yang kami buat ni jual dan hantar makanan apa kan ? isteri buat kek jer, saya yang cari pelanggan melalui Facebook dan saya yang akan buat penghantaran terus kepada pelanggan samada di tempat kerja ataupun di rumah mereka, saya runner biasanya lepas waktu magrib sampai jam 10.30 malam... siang pun ada juga tapi biasanya sebelah pagi antara 9.00 pagi ker 11.30 pagi, waktu petang pula kalau tak sibuk saya akan hantar antara jam 3.00 petang ker 5.00 petang macam tu

Dah 5 tahun bergelumang hidup sebagai seorang food runner ni, sekarang dah buat fulltime sebab senang sikit nak handle dan adala masa untuk ambil dan hantar anak sekolah, cuma kadang-kadang tu rasa juga penatnya tapi berbaloi la sebab betul-betul menggunakan tulang empat kerat ni. Insyallah nanti saya ceritakan lagi berapa yang saya dapat setelah menjadi seorang food runner ini jika diizinkan .. apapun sekali lagi terima kasih atas
idea kerja kosong partime malam dari cetusan hati ini..


jumpa lagi..

kerja kosong partime malam
image source : rabobank.com

Friday, December 22, 2017

Cara Buat Tabung Sendiri Ikut Tarikh Kalender


Tengok tajuk rasa macam best sahaja, tapi bila tengok kalendar kalendar terus tak faham apa yang cuba disampaikan oleh saya ni kan ?

Proses menyimpan duit adalah salah satu proses kegagalan bagi orang yang tidak faham..kenapa saya cakap begitu?  kerana pengalaman yang lalu banyak mengajar saya erti menyimpan duit sebenar.. pesan guru jika 10 tahun kita hidup dalam keborosan tiba-tiba sehari dua ini kita bertukar kepada seorang yang suka menyimpan wang bolehkah ? ia sesuatu yang mustahil , kerana manusia kebiasaannya akan mengikut tabiat asal yang telah lama dia ikuti , tanpa tabiat sesuatu amalan pasti sukar dilaksanakan .. jadi bagaimana? mudah sahaja saya akan cuba terangkan sebentar sahaja lagi.

Baik berbalik cara buat tabung sendiri ikut kalendar ni tidak lah susah sangat , tujuan kita mengikut teknik ini ( akan ditunjukkan di bawah nanti ) adalah pertama kita akan melatih kembali tabiat kita pada peringkat permulaan dan akhirnya ia menjadi sesuatu yang kekal.

Teknik cara buat tabung sendiri ikut tarikh kalendar ialah anda kena mula kumpul duit dan masukkan ke dalam satu tabung khas pada 1hb setiap bulan dan akan berakhir pada hari terakhir 30/31hb dan yang pasti hati kena cekal dan matlamat untuk simpanan ini kena ada ya.. contohnya :

Katakanlah bulan ini Januari 2018

1hb - Masukkan RM1.00 ke dalam tabung
2hb - Masukkan RM2.00 ke dalam tabung
3hb - Masukkan RM3.00 ke dalam tabung 
..... sehinggalah
31hb - Masukkan RM31.00 ke dalam tabung

jadi untuk jumlah untuk bulan januari 2018 = RM496.00

dan begitulah berikutnya untuk bulan-bulan mendatang..

untuk lebih faham tengok jadual di bawah...



Jumlah Tabungan Untuk tahun 2018 nanti = RM5738
wah banyak kan jumlahnya? tak pernah terfikir dengan teknik yang mudah ni hujung tahun dah ada simpanan banyak ni huhu.. bukan senang tau nak cari duit sebanyak ni dalam sekelip mata , tapi amat mudah kalau kita dah tahu tekniknya kan, cuma anda perlu istiqamah dan cekal hati untuk melakukan simpanan ini tetapi percaya dan yakinlah yang anda boleh .. jadi mulakan sekarang ini ok.


semoga bermanfaat jumpa lagi ..